eng
competition

Text Practice Mode

Cerita saya

created Feb 19th, 14:44 by hnim hzwni


1


Rating

394 words
3 completed
00:00
Pada senja hari Jumaat 27 haribulan 4 tahun 2023, saya dan keluarga keluar pada pukul 6 pagi untuk ke Dataran Purnama di Bukit Delima untuk bersenam. Itulah aktiviti kami sekeluarga kalau tiba hujung minggu. Sampai kami di sana, kami melihat orang ramai juga memilih tempat ini untuk bersenam. Kami mulakan dengan aktiviti regangkan otot badan supaya tidak terseliuh semasa berlari. Untuk makluman semua, landskap di dataran purnama adalah bulatan dan ditengah bulatan tersebut mempunyai tasik untuk tenangkan fikiran. Juga, disana boleh bawa makanan untuk berkelah di tepi tasik.  
 
    Setelah siap regangkan otot badan kami, kami mulakan berlari mengelilingi tasik tersebut sehingga penat. Setelah bersenam masa juga sudah mencecah pukul 8 pagi, kami membuat keputusan untuk singgah ke kedai makanan pagi. Hal ini tidak asing bagi kami dan sudah pastinya orang lain istilah bersenam dan makan pagi. Tapi menu yang kami pesan adalah ringan sahaja kalau tak membazir je bersenam dan mengeluarkan peluh.  
 
    Selepas makan, kami ke pasar tani aka pasar borong di batu putih. Oleh kerana ibu saya ingin membuat menu nasi ayam untuk menu tengah hari. Sesampai disana, kami melihat di sana bersesak-sesak dengan kereta dan orang ramai. Oleh kerana hujung minggu, orang lain juga ingin mengisi peti dan dapur mereka. Setelah bersesak di pasar, kami berjaya membeli bahan-bahan utnuk menu itu sekaligus membeli barang dapur yang lain. . Selepas membeli bahan membuat nasi ayam, kami juga beransur pulang ke rumah sambil membawa pulang bahan-bahan yang dibeli tadi.  
 
    Selepas itu, pada pukul 12, kami pun sampai ke rumah, kami membersihkan dahulu badan kami sebelum menyimpan barang- barang yang dibeli tadi. Saya dan ibu saya, kami menyimpan lauk pauk dan terus menyiapkan bahan-bahan membuat nasi ayam untuk dimakan selepas ayah, abang dan adik saya selesai solat jumaat di masjid. Selepas bertungkus lumus di dapur kami berehat sebentar dan bersyukur apabila makanan tersebut siap sebelum mereka pulang dari masjid.  
 
    Disamping itu, kami makan. Kemudian kami menonton tv dan juga sedikit sebanyak membersihkan rumah untuk kebersihan rumahlah. Pada petang tersebut, kami tidak pasti mahu buat apa tetapi kebiasaannya, kami akan ke pantai untuk menghirup udara segar dan berkelah di atas pasir. SElepas itu, kami pun pulang sebelum maghrib tiba.  Malam itu, kami makan nasi ayam tadi ataupun pegi membeli makanan lain contohnya makan burger atau nasi lemak viral. Sekian hari minggu kami sekeluarga. Terima kasih kerana menaip dan mendengar cerita saya. Arigato .
 
 
19/02/2024 / 1043PM

saving score / loading statistics ...